Sunday, March 3, 2013

SLEEPING BEAUTY.........

Posted by Acheeq @ 6:30 PM
Dah lama berazam nak kuruskan badan tapi selalu aje diet setengah jalan, bila kaki dah sakit balik baru la terhegeh-hegeh nak diet. Selalunyer bila kaki ni sakit ini bermakna berat badan makin bertambah, begitu juga dengan kemalasan yang semakin menjadi-jadi. Sekarang ni suka sangat terlelap lepas zohor, anak pon sampai panggil "SLEEPING BEAUTY" errrrr malunyer.

Mengadu pulak kat En. suami " Abg, kaki makin sakit la sekang ni" dengan nada lembut suami pon menjawab "badan tu dah besar sangat" errrrrr lagik la bertambah malu.  Pastu sekang ni dah mula rasa sakit dada, sakit belakang dan macam-macam sakit dah masuk 4 siri  ni dah mula memacam yang timbul..hehehehhe. Kali ni memang dah nekad macam mana pon kena turunkan berat badan, dah tak sanggup sakit kaki, sakit lutut bukan tu ajer tengok muka pon dah makin kembang. Kali ni kena sungguh-sungguh nasib baik best friend pon tengah dalam proses berdiet, katanya dia ada big event so kena kuruskan badan. So dia pon ajak sama-sama berlumba menguruskan badan dan bagi kata-kata peransang buat aku.

So dengan azam dan sakit yg ada ni aku akan mulakan diet, dengan menjaga makan dan minum yang ada tu. Cadangan kawan baik aku yang dah mula diet dah mula nampak perubahan aku pon mengikut jejak langkah sahabat ku yang tersayang....Insyallah esok aku kan jumpa pakar diet temujanji kami pukul 11.30 so in sha Allah semoga Allah permudahkan....

Semoga kali ni aku berjaya menurunkan berat badan aku dan dengan adanya blog ni aku lebih fokus dan berhati-hati dalam pengambilan makanan aku seharian.



 

Acheeq's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting