Wednesday, June 12, 2013

Berkenalan dengan KARBOHIDRAT

Posted by Acheeq @ 1:16 PM 0 comments

Salam semua....harap masih terus menjaga badan anda dalam baik. Sebab jaga badan ni kena sepanjang hayat, tak boleh bermusim, harta dan aset kita. Tiada ganti. Kali ni saya nak kongsi dengan anda strategi cegah penyakit sebab makan.
Anda tahu badan perlukan karbohidrat untuk dapatkan tenaga. Tapi karbohidrat juga hasilkan gula. Sebab tu pesakit kencing manis kalau tak makan gula pun, tapi makan karbohidrat juga gula susah nak kontrol.

Ada 2 jenis karbohidrat 1: Kompleks  2. Karbohidrat ringkas. Jom berkenalan dengan karbohidrat ni.

Karbohidrat kompleks Vs Karbohidrat ringkas

Terdapat pelbagai jenis karbohidrat dalam pemakanan kita dan jenis-jenis ini diklasifikasikan mengikut struktur molekul karbohidrat yang dikenali sebagai monosakarida.Macam manik rantai. Satu manik disebut monosakarida

Karbohidrat ringkas terdiri daripada rantaian molekul monosakarida yang lebih pendek, lazimnya dalam jumlah satu atau dua molekul monosakarida. Anda mungkin mengenali contoh sebenar karbohidrat ringkas yang boleh didapati sehari-hari.

Berikut adalah antara contoh monosakarida: 
- Monosakarida (terdiri daripada satu molekul) :glukosa, fruktosa (gula buah-buahan) and galaktosa 
- Disakarida (terdiri daripada rantaian dua molekul): sukrosa (gula makan, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (lazimnya digunakan untuk membuat pastri). 

Karbohidrat kompleks dalam makanan adalah terdiri daripada rantaian melebihi dua monosakarida dan saintis lazimnya menggelar jenis ini sebagai Polisakarida (secara langsungnya bermaksud terdiri daripada sejumlah monosakarida). Sesetengah daripada contoh berikut mungkin biasa anda temui seperti: 

- Kanji: terdapat dalam nasi, roti, mi, sayuran ubi seperti ubi kentang, kacang atau lentil. Kebanyakan masyarakat mempunyai bijian ruji yang menjadi sumber utama tenaga mereka: nasi di Asia, gandum di negara-negara Barat selain barli dan jagung di Amerika Selatan. 

- Serat pemakanan yang terdapat dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan nasi perang. 

Kelebihan karbohidrat kompleks

Walaupun hampir semua sel tubuh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tubuh kita tidak dapat mengenal pasti molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun begitu, tubuh kita merupakan sebuah sistem yang pintar dan berupaya untuk mengubah karbohidrat kompleks ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh tubuh dan seterusnya digunakan oleh sel. Proses ini lazimnya mengambil masa yang lama kerana tubuh terpaksa memisahkan rantaian karbohidrat yang panjang menjadi lebih pendek sebelum penyerapan dapat dilakukan. 

Kelebihan tambahan karbohidrat kompleks
Bukan sahaja karbohidrat kompleks membekalkan tenaga kepada kita pada kadar yang sesuai, tetapi ia juga merupakan sumber kepada pelbagai nutrien lain. Kebanyakan karbohidrat kompleks juga adalah sumber Vitamin B yang baik dan Vitamin B diperlukan semasa pelepasan tenaga ke dalam sel-sel tubuh. Tambahan lagi, makanan karbohidrat semula jadi dan yang diproses secara minimum adalah lazimnya rendah lemak dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. 

Permata Karbohidrat Kompleks 
Serat, juga dikenali sebagai “pelawas”, sering menjadi tumpuan awam dan juga para saintis kerana kebaikannya kepada kesihatan manusia. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah dalam pemakanan dikaitkan dengan pengurangan risiko terhadap penyakit kronik. Serat dapat diperolehi daripada makanan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Serat tidak boleh dicerna oleh enzim pencernaan manusia. Walaupun sesetengah serat boleh dicerna oleh bakteria dalam saluran pencernaan, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh serat ini adalah sangat minimum. 

So makan karbohidrat kompleks lebih baik. Bagi orang kencing manis sebab lambat gula nak dihasilkan dalam badan.Tambahan pula kalori yang dihasilkan rendah boleh bantu siapa yang berdiet.


Beras perang keluran HPA, sumber karbohidrat
kompleks
Ini produk dalam pasaran yang boleh minum
daripada Nature's
Berasli jua ada mengeluarkan minuman
beras perang daripada BERNAS
sumber dari : jagabadan

Thursday, June 6, 2013

My BFF Vs My Consultant

Posted by Acheeq @ 8:58 PM 0 comments
Ini lah di antara pembakar semangat saya ketika menjalani program CWP ini....setiap kali saya down kena wasup diorang n baru ok......




 

Acheeq's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting