Sunday, September 1, 2013

Posted by Acheeq @ 12:01 PM 0 comments
APA ITU KALORI

Kalori merupakan satu unit tenaga dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.

Secara spesifik, kalori merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).
Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori).

Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.
Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer berjalan bermakna 100 kcal.

Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai “nilai kalori”(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

KELAS MAKANAN
NILAI KALORI
(kcal)
SUMBER
Karbohidrat
4
Nasi
Lemak
9
Minyak Masak
Protein
4
Ikan dan Daging

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi.

Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.

Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.


MASALAH
KESIHATAN
PUNCA
GEJALA
CARA
MENCEGAH
CARA
MERAWAT

Malnutrisi

Kekurangan Kalori


Sangant kurus &
Tidak bertenaga

Makan makanan seimbang dan mencukupi

Memberi zat tambahan

Anoreksia


Tabiat tidak mahu makan keran ingin menguruskan badan

Terlalu kurus


Pendidikan

Kaunseling

Kegendutan

Pengambilan kalori berlebihan

Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit

Mengawal pengambilan makanan


Bersenam atau mengambil ubat dari doktor

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Makan makanan berlemak berlebihan

Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal

Mengurankan makanan berlemak

Pembedahan dan pengambilan ubat

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.

Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Wednesday, June 12, 2013

Berkenalan dengan KARBOHIDRAT

Posted by Acheeq @ 1:16 PM 0 comments

Salam semua....harap masih terus menjaga badan anda dalam baik. Sebab jaga badan ni kena sepanjang hayat, tak boleh bermusim, harta dan aset kita. Tiada ganti. Kali ni saya nak kongsi dengan anda strategi cegah penyakit sebab makan.
Anda tahu badan perlukan karbohidrat untuk dapatkan tenaga. Tapi karbohidrat juga hasilkan gula. Sebab tu pesakit kencing manis kalau tak makan gula pun, tapi makan karbohidrat juga gula susah nak kontrol.

Ada 2 jenis karbohidrat 1: Kompleks  2. Karbohidrat ringkas. Jom berkenalan dengan karbohidrat ni.

Karbohidrat kompleks Vs Karbohidrat ringkas

Terdapat pelbagai jenis karbohidrat dalam pemakanan kita dan jenis-jenis ini diklasifikasikan mengikut struktur molekul karbohidrat yang dikenali sebagai monosakarida.Macam manik rantai. Satu manik disebut monosakarida

Karbohidrat ringkas terdiri daripada rantaian molekul monosakarida yang lebih pendek, lazimnya dalam jumlah satu atau dua molekul monosakarida. Anda mungkin mengenali contoh sebenar karbohidrat ringkas yang boleh didapati sehari-hari.

Berikut adalah antara contoh monosakarida: 
- Monosakarida (terdiri daripada satu molekul) :glukosa, fruktosa (gula buah-buahan) and galaktosa 
- Disakarida (terdiri daripada rantaian dua molekul): sukrosa (gula makan, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (lazimnya digunakan untuk membuat pastri). 

Karbohidrat kompleks dalam makanan adalah terdiri daripada rantaian melebihi dua monosakarida dan saintis lazimnya menggelar jenis ini sebagai Polisakarida (secara langsungnya bermaksud terdiri daripada sejumlah monosakarida). Sesetengah daripada contoh berikut mungkin biasa anda temui seperti: 

- Kanji: terdapat dalam nasi, roti, mi, sayuran ubi seperti ubi kentang, kacang atau lentil. Kebanyakan masyarakat mempunyai bijian ruji yang menjadi sumber utama tenaga mereka: nasi di Asia, gandum di negara-negara Barat selain barli dan jagung di Amerika Selatan. 

- Serat pemakanan yang terdapat dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan nasi perang. 

Kelebihan karbohidrat kompleks

Walaupun hampir semua sel tubuh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tubuh kita tidak dapat mengenal pasti molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun begitu, tubuh kita merupakan sebuah sistem yang pintar dan berupaya untuk mengubah karbohidrat kompleks ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh tubuh dan seterusnya digunakan oleh sel. Proses ini lazimnya mengambil masa yang lama kerana tubuh terpaksa memisahkan rantaian karbohidrat yang panjang menjadi lebih pendek sebelum penyerapan dapat dilakukan. 

Kelebihan tambahan karbohidrat kompleks
Bukan sahaja karbohidrat kompleks membekalkan tenaga kepada kita pada kadar yang sesuai, tetapi ia juga merupakan sumber kepada pelbagai nutrien lain. Kebanyakan karbohidrat kompleks juga adalah sumber Vitamin B yang baik dan Vitamin B diperlukan semasa pelepasan tenaga ke dalam sel-sel tubuh. Tambahan lagi, makanan karbohidrat semula jadi dan yang diproses secara minimum adalah lazimnya rendah lemak dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. 

Permata Karbohidrat Kompleks 
Serat, juga dikenali sebagai “pelawas”, sering menjadi tumpuan awam dan juga para saintis kerana kebaikannya kepada kesihatan manusia. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah dalam pemakanan dikaitkan dengan pengurangan risiko terhadap penyakit kronik. Serat dapat diperolehi daripada makanan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Serat tidak boleh dicerna oleh enzim pencernaan manusia. Walaupun sesetengah serat boleh dicerna oleh bakteria dalam saluran pencernaan, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh serat ini adalah sangat minimum. 

So makan karbohidrat kompleks lebih baik. Bagi orang kencing manis sebab lambat gula nak dihasilkan dalam badan.Tambahan pula kalori yang dihasilkan rendah boleh bantu siapa yang berdiet.


Beras perang keluran HPA, sumber karbohidrat
kompleks
Ini produk dalam pasaran yang boleh minum
daripada Nature's
Berasli jua ada mengeluarkan minuman
beras perang daripada BERNAS
sumber dari : jagabadan

Thursday, June 6, 2013

My BFF Vs My Consultant

Posted by Acheeq @ 8:58 PM 0 comments
Ini lah di antara pembakar semangat saya ketika menjalani program CWP ini....setiap kali saya down kena wasup diorang n baru ok......




Saturday, April 13, 2013

Suatu Masa Dulu........

Posted by Acheeq @ 9:05 PM 0 comments
Keadaan aku sebelum memulakan program diet dengan Cambridge Weight Plan (CWP)...inilah keadaan aku....diet secara sendiri 






Saturday, March 30, 2013

30 Mac - CWP Day 27

Posted by Acheeq @ 11:31 PM 0 comments
pertemuan geng bas school di RnR Elmina......



9.00 AM - SARAPAN PAGI
- 8oz air mineral + 1 sachet CPW Capucino
- 1 liter air mineral
- 500ml green tea


3.30 PM -MAKAN TENGAHARI
- Makan satay 5 cucuk dan kuih pau setengah
- 1 liter air mineral
- 500ml green tea


8.00 PM - MAKAN MALAM
-  8oz air mineral + 1 sachet CPW Capucino 
- 1 liter air mineral

=================

* 3 liter Air Kosong *
* 1 liter green tea *


CATATAN HARI INI:-

Pertemuan dengan geng bas sekolah kat RnR Shah Alam..... hancus lagi.....petang ke Alamanda ada sesi menimbang berat  dan mengukur badan......adooiii sib baik result hokey.....
 

Acheeq's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting