Thursday, March 14, 2013

Sumber Tunggal CWP & Pembakaran Lemak

Posted by Acheeq @ 3:15 PM
Perkara Untuk Dipertimbangkan Semasa Sumber Tunggal

Semasa menjalankan pemakanan sumber tunggal dengan Cambridge Weight Plan sila tolak semua makanan dan minuman (air kosong dikecualikan) tambahan.  Ini kerana ia akan merosakkan proses "pemakanan menguruskan badan" anda.

Makanan tambahan akan :-

a) Menghentikan/ merosakkan perjalanan proses pembakaran lemak serta badan-badan   keton.

b) Menamatkan penguraian ketosis sederhana dan menyebabkan berasa lapar

c) Selain daripada menggantikan balik kalori berlebihan yang telah digunakan dengan  segera, karbohidrat berlebihan juga akan menyebabkan pengumpulan air dalam badan  serta mengakibatkan berat badan anda bertambah (bukan fenomena menjadi gemuk  semula).

Semua makanan yang mengandungi karbohidrat, gula dan asid

Situasi ini boleh disebabkan oleh makanan tambahan yang dimakan seperti:-
- 1 keping biskut, nasi, roti, ubi kentang
- 1 keping sandwich
- 1 gelas jus buah-buahan yang mengandungi rasa manis 
- Gula getah/gula
- 1 gelas susu kocak
- 1 gelas kopi/ teh yang campur dengan susu
- Lemon/Asid sitrik/Cuka dan enzim-enzim
- Alkohol
- Minuman bergas diet

* boleh makan timun, saderi dan sayur-sayur hijau bila rasa lapar

....dan fenomena berat badan berhenti menurun akan berlaku !!!!!!

kawalan pemakanan di antara 810kcal - 1000kcal program sumber Tunggal semasa bercuti.  Digalakkan memilih makanan seperti daging putih sayur-sayuran hijau dalam tempoh ini


 

Acheeq's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting