APA ITU KALORI
Kalori merupakan satu unit tenaga
dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan
apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira
31,000,000 kalori.
Secara spesifik, kalori merupakan
kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram
air sebanyak satu darjah celcius(C).
Ramai orang berfikir kalori hanya
berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200
kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1
kilokalori).
Satu kalori dalam makanan
mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200
kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.
Ini juga sama semasa bersenam
dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer
berjalan bermakna 100 kcal.
KELAS
MAKANAN
|
NILAI
KALORI
(kcal)
|
SUMBER
|
Karbohidrat
|
4
|
Nasi
|
Lemak
|
9
|
Minyak
Masak
|
Protein
|
4
|
Ikan
dan Daging
|
Setiap individu memerlukan kalori
yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan
iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz
badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel
yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga
memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga
asas) mereka tinggi.
Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk
menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita
juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang
hilang.
Apabila seseorang mengambil
kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan.
Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.
MASALAH
KESIHATAN
|
PUNCA
|
GEJALA
|
CARA
MENCEGAH
|
CARA
MERAWAT
|
Malnutrisi
|
Kekurangan
Kalori
|
Sangant kurus
&
Tidak bertenaga
|
Makan makanan
seimbang dan mencukupi
|
Memberi zat
tambahan
|
Anoreksia
|
Tabiat tidak
mahu makan keran ingin menguruskan badan
|
Terlalu kurus
|
Pendidikan
|
Kaunseling
|
Kegendutan
|
Pengambilan
kalori berlebihan
|
Kelihatan
terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit
|
Mengawal
pengambilan makanan
|
Bersenam atau
mengambil ubat dari doktor
|
Penyakit
Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
|
Makan makanan
berlemak berlebihan
|
Serangan
penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal
|
Mengurankan
makanan berlemak
|
Pembedahan dan
pengambilan ubat
|
Orang dewasa perlu menentukan
pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan
berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan
akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah
kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.
Lemak simpanan ini akan digunakan
jika lapar berlaku untuk memberi tenaga. Bagi setiap 3,500 kalori yang
disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Oleh yang
demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal,
berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu
bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama
senaman dll), komposisi badan dan keturunan.
0 comments:
Post a Comment